Monday, July 3, 2023

CAT TEMPERA

APA ITU CAT TEMPERA?



    Cat tempera adalah merupakan sejenis cat yang mempunyai pigmen legap dan pepejal yang diasaskan daripada air. Cat tempera dapat menghasilkan warna yang kekapuran apabila ia telah kering. Cat ini juga larut air akan tetapi ia pantas dan muda pudar kerana tidak kekal apabila ia telah kering. Medium pengikatnya ialah kuning telur yang dikenali sebagai tempera telur. Akan tetapi ia juga boleh digunakan tanpa mencampurkan kuning telur. kebiasaanya cat tempera berbentuk sebuk atau likat di dalam tiub yang sedia diproses. bahantaranya juga adalah air. Selain itu, cat tempera disapu mengikut lapisan yang nipis dan jalur sapuan diselang-selikan untuk memberikan kesan warna yang rata dan cantik. Apabila cat tempera ini digunakan dipermukaan kertas,ia akan menghasilkan hasil seakan cat minyak . Guru-guru boleh menggunakan cat tempera ini untuk menggantikan cat minyak untuk mendapatkan hasil seakan cat minyak. Cat tempera ini juga mudah didapati di kedai yang berkemungkinan menjadi pilihan para guru menggunakannya semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung. 




CONTOH CAT TEMPERA

Cat tempera di dalam tiub botol yang dijual berasingan




Contoh lain cat tempera 




Kebiasaanya cat tempera digunakan untuk melukis sesuatu yang berskala besar dan menjimatkan kos-kos perbelanjaan. cat tempera boleh digunakan oleh guru-guru dalam aktivti menggambar pendidikan seni visual. Hal ini kerana kebanyakkan cat tempera ada yang dihasilkan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dimana ia sesuai digunakan oleh murid sekolah rendah. 



  

No comments:

Post a Comment