Monday, July 3, 2023

CAT POSTER

CAT POSTER



     Cat poster juga merupakan pilihan utama bagi guru-guru bagi mengajar murid-murid ketika sesi pembelajaran dan pengajaran pendidikan seni visual. Hal ini kerana, harga cat poster ini lebih murah dan berkualiti serta mudah didapati berbanding jenis-jenis cat lain. kebiasaanya cat poster boleh didapati di dalam bentuk tiub dan botol dan air digunakan sebagai bahantaranya. Bahan pengilat yang sesuai digunakan ialah pengilat larut air serta alatan dan bahan yang biasa digunakan bersama ialah berus, air da kertas. Cat poster ini menghasilkan sebuah karya catan yang legap, akan tetapi jika kuantiti cat poster terlampau banyak dan tidak dicampurkan dengan sedikit air, hasil karya catan akan menjadi merekah apabila ia terlalu tebal dan kering. 





Ini adalah contoh cat poster didalam tiub yang dijual secara set jenama Buncho






CONTOH HASIL KARYA CATAN YANG MENGGUNAKAN CAT POSTER




Cat poster banyak digunakan oleh para guru dan pelajar di Malaysia dalam menghasilkan karya catan kerana cat ini mudah digunakan dan sangat mesra pengguna. Bagi murid-murid yang ingin berjinak dalam menggambar atau menghasilkan karya catan, cat poster amatlah menjadi pilihan utama selain daripada cat air.




No comments:

Post a Comment