Monday, July 3, 2023

CAT ARKILIK

APA ITU CAT ARKILIK?



    Mengapakah cat arkilik digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran? Cat arkilik sesuai digunakan semasa sesi pembelajaran kerana cat arkilik mempunyai kebolehan mengering dengan cepat dan boleh dicairkan dengan menggunakan air serta menjadi kali air apabila ia mengering. Apabila cat arkilik yang cepat kering ini digunakan semasa sesi pembelajaran, ini dapat megurangkan dan mengelakkan kekotoran dan murid comot semasa melakukan aktiviti catan dan sebagainya. Maka baju, peralatan murid-murid dapat dielakkan daripada berlakunya kekotoran dan perkara yang tidak diingini berlaku. Cat arkilik juga merupakan cat yang menyerupai cat air dan cat minyak. Malah, cat arkilik mudah didapati di kedai-kedai dan berada berbentuk tiub dan bahanataranya ialah air yang memudahkan sesi pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah. Murid-murid sekolah rendah hanya memerlukan berus untuk menggunakan cat arkilik ini dan memerlukan kertas atau kanvas. Guru-guru boleh menggunakan cat arkilik ini untuk mengajar murid-murid pendidikan seni visual kerana cat arkilik ini mudah didapati dan cara pengendaliaanya turut mudah.


Rajah 1
Rajah 1 adalah contoh cat arkilik di dalam tiub berasingan dan dijual secara individu




Rajah 2
Rajah 2 adalah cat arkilik di dalam tiub yang dijual secara set





MURID YANG MENGGUNAKAN CAT ARKILIK 





ARTIKEL BERITA MENGENAI MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI) 






Bagi artikel penuh boleh klik pada pautan ini :




Maka Guru-guru boleh menggunakan Cat arkilik semasa aktivti PdPC berlangsung untuk menarik minat para pelajar.















No comments:

Post a Comment