Monday, July 3, 2023
CAT AIR
CAT POSTER
CAT POSTER
CAT TEMPERA
APA ITU CAT TEMPERA?
CAT ARKILIK
APA ITU CAT ARKILIK?
MURID YANG MENGGUNAKAN CAT ARKILIK
ARTIKEL BERITA MENGENAI MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI)
HALAMAN UTAMA
APA ITU PENDIDIKAN SENI VISUAL?
ASAS SENI CATAN :)
MARI KENALI SENI CATAN!
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SENI CATAN?
ANTARA CONTOH-CONTOH SENI CATAN YANG DIHASILKAN MURID SEKOLAH RENDAH
Antara lukisan yang dihasilkan oleh murid sekolah rendah menggunakan cat air
Sumber Gambar : http://tamanjintan.blogspot.com/2011/11/teknik-teknik-dalam-psv.html
ALAT DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN CATAN
- CAT ARKILIK
- CAT TEMPERA
- CAT POSTER
- CAT AIR
PEMBELAJARAN DIGITAL MENYERONOKKAN DAN MEMBANTU
APA ITU PEMBELAJARAN DIGITAL?
Pembelajaran digital merupakan pembelajaran yang menggunakan teknologi bahan utama dalam pengajaran untuk membantu keberkesanana semasa pembelajaran bermakna. Pembelajaran digital semestinya menggunakan teknologi yang menjadikan pembelajaran tanpa sempadan. Pembelajaran digital tidak semestinya berkaitan kepada aktivti akademik atau kurikulum sahaja akan tetapi ia turut meliputi di dalam kokurikulum para pelajar. Pembelajaran digital ini adalah merupakan salah satu strategi yang membantu meningkatkan kefahaman seseorang pelajar.
ADAKAH PEMBELAJARAN DIGITAL MEMBANTU KETIKA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL?
Umum mengetahui bahawa seni dapat dihasilkan melalui berbagai-bagai kaedah dan boleh dihasilkan menggunakan perisian teknologi seperti komputer, tablet dan sebagainya adalah definisi bagi seni digital. Di dalam Pendidikan seni visual, terdapat seni digital yang digunakan untuk menghasilkan seni yang lebih moden dengan menggunakan bahan dan media baharu untuk menghasilkan seni digital. Seni digital seharusnya menggunakan perisian digital dan penggunaan teknologi yang moden.
MENGAPA PEMBELAJARAN DIGITAL MEMAINKAN PERANAN UTAMA DALAM SISTEM PENDIDIKAN?
Pembelajaran digital amatlah menyeronokkan kerana para pelajar boleh belajar dengan berbagai variasi dan menyeronokkan. Pembelajaran digital ini dapat membantu perkembangan para pelajar kerana para pelajar berada dalam suasana yang ceria. Tanpa kita sedari pembelajaran digital membantu dalam pendidikan seni visual terutamanya pembelajaran menggunakan projektor yang dapat membantu memaparkan video berkaitan pendidikan seni visual. Melalui alatan digital ini membantu para pelajar untuk memahami sesuatu dengan lebih jelas dan dapat menarik perhatian mereka dalam pembelajaran kerana guru-guru dan pendidik menggunakan teknologi digital yang mampu mempengaruhi mereka. Di samping itu, melalui penggunaan teknologi digital ini akan membantu para pelajar dalam menghasilkan dan melakukan sesebuah amali kerana para guru boleh menunjukkan tutorial akan tetapi jika sesebuah sekolah tidak mempunyai alat kelengkapan yang mencukupi, mereka boleh mempaparkan video-video berkaitan amali tersebut. Justeru ini dapat membantu para pelajar semasa sesi pembelajaran berlangsung. Selaras dengan peredaran zaman, dunia kian berkembangan terutamanya dalam bidang teknologi di mana sistem pendidikan juga turut dimajukan dalam pendigitalan. Tanpa kita sedari sistem pendidikan merupakan tunjang utama bagi masa depan sesebuah negara. Maka bagi memantapkan sistem pendidikan, penerapan teknologi digital atau pembelajaran digital ini dapat memantapkan sistem pendidikan negara dan menjadikan negara kita semakin maju.
-
MARI KENALI SENI CATAN! APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SENI CATAN? Seni catan adalah merupakan salah satu daripada seni halus ( fan...